Mungkin ?


Assalamualaikum ,post untuk ke berapa entah kali ini adalah untuk menceritakan tentang semakin kita membesar semakin kita mengikut zaman membesar kita tu ,eh ? Bunyi macam pelik ,tapi untuk orang yg tengah bosan ,takde yg peliknye .

Alkisahnye ,dulu aku ni boleh dikatakan hero dalam adik beradik aku lah ,tak takut lipas ,selamba je aku angkat lipas tu takutkan dorang dan kawan kawan aku ,tapi entah macam mne baru baru ni aku ternampak lipas ,dan aku tersangatlah geli tambah geram dengan lipas tu ,punyalah aku spray banyak kali guna shieldtox ,tapi tak mati mati ,last sekali aku pukul je dgn penyapu ,dan bila lipas tu mati ,dah mati pun aku masih tak berani nak pegang ,pastu aku gunalah suratkhabar u ntuk buang lipas tu ,aku bersihkan dengan mop lah ,apalah .Dan lepas perkara tu ,membuatkan aku terfikir ,kenapa aku boleh takut lipas ? dulu bukan aku ke yg paling berani ? Dan aku rasa jawapan bagi soalan aku tu ialah ,

1 ) Peredaran zaman ,bila aku membesar ni aku tengok ramai sangat perempuan terlompat lompat bila tengok lipas ,dan mengutuk lipas tu ,tapi seteruk aku takdelah terlompat lompat tu ,jadi nak pendekkan cerita ,aku rasa aku takut dgn lipas sebab aku ikut wanita zaman sekarang ,almaklumlah ,bila tengok orang lain takut lipas ,takkanlah kita nak buat muka suka dgn lipas tuh .

2 ) Sebab aku dah tahu fakta orang katakan ,bahawa lipas tu adalah spesies yg kotor ,makan benda kotor ,sorrylah kalau sesiapa geli nak baca ni .

Kesimpulannya ,perkara ni sama lah jugak dalam kehidupan kita ,kita terlalu ingin menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekililing dan bila kita tak tahu keadaan sebenar mesti kita baik je dgn seseorang tu ,tapi bila kita dah tahu ,kita kutuk ,kita hiraukan dia .Realiti kehidupan .Tapi ,apa apa pun aku masih benci akan lipas terutama lipas terbang .Okay ,sampai disini sahajalah post pasal benda yg boleh mendatangkan kegelian ni .Terima kasih :)